Tuesday, May 3, 2011

Penyucian Hati, By, Amru Khalid

Currently tgh baca this book...by Amru Khalid.
Buku ni mmg best.
berfikir kenape dan mengapa kadang2 bile kite buat dosa, ape punca nye.

Susunan chapter yang sangat menarik.
Dikupas dari akar umbi.
Insya Allah...
Aku akan teruskan..
Publish Post

Friday, April 1, 2011

Jauhi kutuk mengutuk, hina menghina, walaupun dalam bentuk gurauan

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kaum laki-laki menghinakan kaum laki-laki (yang lain), kerana boleh jadi kaum yang dihinakan itu, lebih baik dari kaum yang menghinakan, dan jangan pula kaum perempuan (menghinakan) kaum perempuan yang lain, kerana boleh jadi perempuan yang dihina itu, lebih baik dari perempuan yang menghinakan. Janganlah kamu cela-mencela sesama kamu dan jangan pula panggil-memanggil dengan gelaran (yang tidak baik). Seburuk-buruk nama ialah fasik sesudah keimanan. Barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang aniaya.”(Al-Hujurat:48)



Thursday, March 31, 2011

Amalan Murah Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:
1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3. Tinggalkan perbuatan dosaIstighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemahBerbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya” (Riwayat Muslim)
8. Banyak berselawatAda hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10. Berpagi-pagiMenurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.
15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa:  “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’am.
18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19. Berikhtiar sehabisnyaSiapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. (Rujuk At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.




Credit to:
http://nurjeehan.hadithuna.com/2008/01/20-amalan-murah-rezeki/

Rezeki masing-masing

Alhamdulillah..
segala pujian hanya bagi Allah.

Cakap pasal rezeki, arini aku dgr kawan2 aku dpt bonus.
5 bulan gaji..
hmm,dgr mmg la jeles.
Sebab duit dierang, rezeki dierang..

Yang aku plak, baru dpt tau yang elaun akan diturunkan kepada rm1500..

Allah tu Maha PEMURAh.
kalau Allah nak bagi rezeki, sekelip mata je,
kalau Allah nk balik tarik nikmat tu pun, sekejap je,
Duit mmg penting, tp bukan segala2nya.

Nanti da mati, x bawak pun duit tu.
Yang bawak, amalan  dan kebajikan.

Dugaan semua Allah turunkan kat hamba2-Nya.
Mereka yang cekal menempuh, Alhamdulillah akan selamat.

Yakin dengan pertolongan Allah.
Segalanya akan dapat dicapai. Insha Allah.

Wednesday, March 30, 2011

aku nampak perubahan

aku rase, aku dh nampak perubahan kat die ni (yg selalu nak menang tu)..
tatau la kalau betul2 die berubah, or mmg die dah perasan akan sikap die tu..
aku harap ye la die betul2 berubah..
kalau ko dah berubah, bagus la..
just terima pendapat orang lain..
boleh membantah tapi, dlm cara yg betul..
sekali sekala, cuba terima pendapat orang lain..
n belajar dari kesilapan..


'It is better to have enough ideas for some of them to be wrong, than to be always right by having no ideas at all.' Edward de Bono

Tuesday, March 29, 2011

lab aku yang wangi dan menenangkan

arini aku beli air freshener berbentuk electric supply, dari air wick...
haruman lavender,,
memang menenangkan..
thank you air wick!

aku dah x melawan ckp..

hehe,
ingat lagi x post pasal "asek die je yang nak menang"
mmg betul
bukan aku sorang je kene.
kawan2 yg rapat dgn die pun mengakui bahawa die ni mmg jenis "ckp nk menang".
so aku ade 1 cara so that aku x bengang ngan die..
~mendiamkan diri~
ape2 argument atau ayat2 yg boleh membawa kepada "argument", aku terus senyap.
ape2 yg die nk ckp, aku x melawan.
aku just senyap, n bende ni xkan berlarutan...
mule2 mmg susah, tp lame2 i get to used it.
senang...

Now, i am happy, n i hope die boleh sedar ttg perubahan yg aku buat.


masa berlalu begitu cepat

cepat betul masa berlalu
skang da bulan 3
n aku nstill lagi tatau nk wat ape dgn aku nye project master ni
Ya Allah, permudahkanla segalanya bagi aku.

Honestly, utk bulan ni, aku banyak sangat buang masa.
First, aku habiskan masa tgk cite merlin.
Aku abiskan masa utk abiskan 3 season of merlin.
Sbb cite die best, so aku addicted.
Kadang2 1 hari tu aku dtg lab, I have no input at all.
tgk merlin punye pasal.
uther pendragon,prince arthur, merlin, gaius, lady morgana, Gwen
shissss

Hope pasni, aku akan progress dgn cepat.
By akhir bulan 4, i have a new result, i promise!

Sunday, March 20, 2011

batu api

yes seriously, i am batu api.
baru aku tersedar yang aku ni batu api.
aku suke memburuk-burukan orang yg aku tak suke.
that's really absurd.

hopefully, aku leh control sikap aku yang buruk ni

Wednesday, March 2, 2011

pusat tuisyen yang tidak boleh dipercayai....

Arini aku nak cite sket pasal pusat tuisyen yang penah aku keje dulu.
Name pusat tuisyen ni adelah Pusat Tuisyen Inovatif Alpha.
Aku penah keje as a teacher kat pusat tuisyen ni. First time jadi cikgu tuisyen, mmg excited.
Kalau boleh, sume student aku nak tolong so that, dierang sume boleh berjaya.
Aku dibayar RM 20 utk peringkat sekolah menengah. rm15 untuk sekolah rendah.
Sikit kan?

Yang aku paling x ske is, when time nak dapat gaji.
Janji bayar duit pada 10 hb setiap bulan.
Untuk bulan pertama, sepatutnya aku dpt rm600++
tapi, yang celakanye, die bayar aku ansuran.Mane best beb.
Sakit ati gile.

Then 2nd month, aku da mula down, since management pusat tuisyen ni x betul.
aku disuruh ajar budak2 yang berlainan darjah dalam 1 kelas.
Ko bayangkan ko nak handle budak darjah 1, 2,3,4 ,5,6 dlm satu kelas.Camne tu?
Kesian plak aku tgk budak2 ni.
Dierang tatau ape2, n tatau nk complaint.


Bayar mahal2, tapi service macam lahanat.
tolong la, if nak start business tuisyen, jadila pusat tuisyen yang telus.Jangan menipu.
If management ok, everything will be OK.

Kepada ibubape di luar sana, kalau nak cari pusat tuisyen, selidiklah betul2.
Pastikan service yg diberikan itu adalah bagus,. Jangan bayar duit anda kpada penipu2 ini.
Especially-Pusat Tuisyen Inovatif Alpha. Sekitar Gombak-ong tai kim,taman samudera, seri gombak, taman berjaya.
Ampang-taman dagang.

Pastikan anak2 anda di tempat tuisyen yg sebenar2benarnya.

Sekian

Saturday, February 26, 2011

remember this

" Whatever that u are doing something, it has the consequences. U cant control the consequences, but U can control what U are doing"

Wednesday, February 23, 2011

bile fikir balik...

adui.meyampah plak aku dengan ko.
asal aku cakap, ade je bende yg tak betul.
asal aku bagi pandangan, ade je yg ko nak bantah.
ape, ko ingat ape yg ko cakap tu betul sangat ke?
ape yg ko komen tu, ko confirm ke bende tu betul.ade bukti sume?

kalau dengar dari mulut org, pastu ko sampaikan, belum tentu bende tu betul.
belum tentu bende tu sah.

tolongla, jangan la ko benci org tu sebab ko dengar cite dari org lain.
lain lakalau org yg ko benci tu, betul2 depan mate ko, ko nampak die buat tu, buat ni.

ish..
sakit ati plak aku.

tapi,
bile pikir balik, watpe aku nak bertelagah pendapat ngan ko, kalo aku dah tau ko mmg mcm tu?
instead of bertelagah, better ko wat bodo je.

melainkan ko betul ade pendapat yg paling bernas, yang ade bukti yang sangat kuat, and ade kawan2 yg sokong pendapat ko.

selain dari ni, better ko dok diam je, n bagi la die menang.

manusia tu mmg mcm tu, ape yg die cakap, sumenye betul.
bukan manusia tu je kot, semua manusia termasuk aku pun, nak kan pendapat aku diterima.

paling bagus bile bagi pendapat, please make sure yang pendapat tu adalah betul,bernas,kuat, dan disokong.

If ade ke4-4 element ni, barulah bersuara.

daa!~